Pages

Sunday, September 4, 2016

NASI AYAM DUYONG..RANKING 100/100%..WAJIB TRY!!


Salam 2 all. Hamba adalah penggemar nasi ayam. Tapi hamba sering kecewa dgn kualiti nasi ayam pengusaha "local" kita yg ramai bertaraf "tangkap muat".
Namun begitu, kedai nasi ayam duyong memang menjanjikan kelainan & originality yang jarang ada dikalangan dikalangan pengusaha tempatan. Ayam yang dihidangkan memang lembut dan berjus. Tidak ramai yang mengetahui rahsia perisa rempah ratus cina (chinese 5 spices) yang biasanya hanya diketahui oleh pengusaha nasi ayam cina sahaja. Nasi yang lembut dan kuah cili yang seimbang rasa halia dan "citrus"nya serta chinese chicken gravy  yang rasanya cukup seimbang dan memuaskan!! Harga sepinggan nasi ayam Duyong ini hanya lah Rm4.50 sepinggan sahaja.
Tidak keterlaluan kalau hamba mengatakan ini adalah diantara nasi ayam terbaik di Melaka! Jika hamba mengingat kembali, qualiti dan rasa Nasi Ayam Duyong ini menyamai rasa nasi ayam di TKC SINGAPURA!
Jika anda ingin mencuba, Lokasinya amat mudah. Kedai nasi ayam ini tidak memiki sebarang papan tanda dan berupa stall kecil di dalam medan selera persendirian (juga tidak memilili papan tanda) bersebelahan kedai santan dan berhadapan kedai cermin mata. Buka setiap hari dari jam 10 pagi-2 petang shj kecuali Jumaat. SELAMAT MENCUBA

penulis :
Abu Hurairah@Hidden Silence



No comments:

Post a Comment